November 3, 2009 by waneey
Agak lama aku menyepi dari menekan keyboard untuk meng’update’ blog aku yang sudah berhabuk ini. Kesian pulak aku tengok blog aku yang satu ni. Macam terabai je. Apa tak nye aku obsessed dgn facebook so, jarang lah menjenguk friendster and blog.
Terlalu banyak yang telah berlaku sepanjang aku menyepi ni. Tapi tak mengapa lah itu semua tersemat dan aku jadikan kenangan manis dalam hidup aku. Cukup lah aku katakan yang aku sekarang gembira dengan hidup yang aku lalui ini.
Posted in Uncategorized | No Comments »
h1n1? dah merebak ke kelantan? baru je dgr students sekolah bdekatan adalah suspek h1n1. oh God.. aku pulak stiap hari bdepan dgn budak2 ni.. tapi syukur sekolah aku masih lagi belum ade berita pelajar yg tkena h1n1.. namun kerisauan tu masih lg ade.. cuba bayangkan pegi sekolah ngajar budak2 pakai mask.. hahaha.. kelakar pulak.. dlm aku tgh risau aku tetap sibuk memanjang mengadap laptop kesayangan aku. sambil aku bukak facebook aku tpandang satu note dari cikgu rahim. ade satu bingkisan doa untuk mjauhi penyakit.
“Bismillahillazi La Yadhurru Ma’asmihi Syaiun filArdhi wa la Fissama’i wa huwassami’ul ‘alim”
[Dengan nama Allah yang tidaklah memudaratkan bersama NamaNya segala sesuatu yang ada di bumi dan langit , Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui](3 kali)
Doa sahih daripada nabi saw untuk menjauhi penyakit.
macam2 jenis penyakit skrg ni, so sama2 la kita amalkan di samping kita mjaga kebersihan diri samada jasmani atau rohani..insyaAllah..
Posted in Uncategorized | No Comments »
hmm..i felt bad feeling la..why ha?what will happened?hope there’s nothing bad..this week i wanna rest my mind.so pls dont interrupt me with anything i didnt like or hate much..this week also is ‘rebuilding my spirit’ n after this i wanna be an energetic woman..huhu..will me?hope so..
Posted in Uncategorized | No Comments »
Setelah selesai aku melayan kerenah pelajar, tepat pukul 2 aku melangkah ke bilik guru. Namun ada sesuatu yang menarik perhatianku dalam bilik guru itu. Rupa-rupanya kawan sejawatan yang sama bergelar GSTT ditukarkan ke sekolah lain. Sangat-sangat membuat aku terkejut. Kini hanya tinggal 2 orang sahaja GSTT di sekolah itu. Jauh di sudut hati aku tertanya-tanya adakah mungkin nasib aku pula selepas ini? Entah la. Orang kata GSTT ni hanyalah mainan politik. So, terima je lah apa sahaja keputusan yang bakal dikeluarkan oleh JPN. Semangat aku sudah mula pudar namun aku cuba gagahi untuk meneruskan perjuangan yang ini. Kini hanya satu yang berlegar-legar dalam fikiran aku, aku ingin pekerjaan tetap dan semestinya govt. Walaubagaimanapun aku tak berhenti bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan pada aku ini. Sedikit sebanyak aku mampu meringankan beban mama dan abah. Alhamdulillah…
Posted in Uncategorized | No Comments »
Sungguh aku tak percaya perasaan yang menyelebungi jiwaku ini… Tapi itu adalah lumrah manusia…
Tiap kali aku melihat dia terasa satu kelainan dalam diri aku… Namun apakah ini hikmah dari Mu ya Tuhan… Aku mengenalinya hanya dengan senyuman manis darinya dan tag nama yang dipakainya… Dengan masa sesingkat ini… Biarlah ia tetap menjadi rahsia hatiku… Hanya doa yang mampu aku panjatkan padaMu… Jauhkan lah perasaan yang lara ini sekiranya itu hanyalah melalaikan cintaku padaMu ya Rabbi…
Posted in Uncategorized | No Comments »
Kadang-kadang aku rasa aku sudah tiada upaya untuk melalui semua ini. Adakah kisah silam aku yang bodoh itu yang membuatkan penderitaan sebegini? Menangisi takdir yang aku lalui. Bercelaru macam nak gila fikiran aku. Akhirnya… Sujud pada Yang Esa menenangkan jiwaku yang bercelaru ini. Thank You Allah.
Posted in Uncategorized | No Comments »
Minggu ni perasaan aku jadi tak menentu. Terfikir-fikir masa depan aku.
Aku tersentak dari lamunan. Kulihat aku masih terduduk di kerusi dan mejaku masih berselerak dengan buku-buku pelajar. Hingar bingar suara cikgu-cikgu di bilik guru tu tidak aku hirau. Penghawa dingin yang tepat berada di tepi dinding berhampiran mejaku menyejukkan keadaan di situ.
Aku sudah mula serasi dengan sekolah ini. Walaupun bermacam-macam dugaan aku lalui sepanjang aku di sini, sekarang aku sudah mula menerima dan lalui semuanya dengan baiknya. Sebak aku rasa bila hari ini aku dengar buah mulut mengatakan pengambilan guru sandaran akan dimansuhkan dan pemberhentian guru sandaran yang sedia ada. Aku sendiri tidak pasti tentang khabar ini di tempat lain. Kalau diikutkan sekarang, guru sangat diperlukan. Tapi entah kenapa itu yang aku dengar hari ini.
Loceng telah berbunyi. Aku melangkah kaki ke kelas. Setelah sampai di kelas aku disambut dengan wajah-wajah ceria pelajar. Sempat aku menatap wajah mereka, sekiranya khabar itu benar, sudah tentu keakraban aku dengan mereka tak kan lama. Aku sudah mula mengerti perangai setiap dari mereka. Mereka bukan di kelas elit yang menjadi kebanggaan sekolah dan guru-guru,tapi mereka di antara kelas yang tercorot. Sudah tentu cara penerimaan ilmu berbeza dari mereka di kelas elit.
Namun khabar yang aku dengar itu masih lagi dalam samar-samar. Aku tidak tahu sejauh mana kebenaran khabar itu. Tunggu sahaja notis. Sekiranya benar, notis akan keluar selewat-lewatnya akhir bulan ini kerana dari khabar itu juga mengatakan perkhidmatan guru sandaran sehingga akhir bulan ini.
Posted in Uncategorized | No Comments »
Teruk betul layanan guru2 kat sekolah tu pada kami yg bgelar GSTT. Mentang2 kami ni hanya sandaran, suka hati je suruh itu ini. Ingat kami ni takde family ke? Kami pon ada family jgk. Guru2 lain senang2 je goyang kaki kat rumah. Kami yg tpaksa buat semua kerja dorang. Nama jawatankuasa hanya pada kertas saje. Dorang abaikan tugas mcm tu je. Bengang gile aku rasa.
Sebelum ni aku sangka cikgu2 lelaki kat sekolah tu semua nya baik2 je nampak. Tapi lepas dari leadership camp tu aku geram gile dgn dorang. Ada ke patut dorang sengaja letak nama aku sbg timbalan kem komandan. Mula2 aku memang tak puas hati sbb tugas tu diberikan pada aku last minutes. Masa meeting takde pon nak bagitahu terus. Hari last camp tu baru la aku tahu rupa2nya keputusan cikgu2 lelaki ni ada udang disebalik batu. Ketua kem komandan ni sebenarnya duda. Aku baru la faham kenapa sepanjang camp cikgu2 lelaki sering kacau2 aku lepas tu duk gelak2 tak habis. Sedangkan ketua kem komandan takde pon cakap sgt dgn aku. Dorang je yg lebih2. Geram gile aku rasa.
Dulu aku anggap guru ni mulia, baik dari semua aspek. Tapi guru2 sekarang tak macam guru. Yang aku nampak guru2 sekarang lebih pada sifat hasad dengki dan tak komited. Apa nak jadi guru2 sekarang ni? Kalo ini lah sifat guru sebenar, entah mcm mana pelajar yg bakal menjadi pemimpin pada masa depan nanti.
Posted in Uncategorized | No Comments »
Ramai yang beranggapan tugas guru hanyalah setakat memberi ilmu di bilik darjah. Benarkah anggapan ini? Mungkin dulu aku juga berfikiran sebegitu. Namun tugas guru tak semudah yang aku sangka. Habis sesi pengajaran dan pembelajaran, guru masih di sekolah. Ada yang sibuk bersama pelajar dengan aktiviti ko-kurikulum. Ada pula yang sibuk meeting. Dan ada juga yang sibuk menyemak kerja-kerja pelajar di bilik guru.
Beberapa minggu ni aku sibuk dengan meeting. Kertas jawapan peperiksaan pelajar masih lagi belum aku tanda sepenuhnya. Kertas kerja untuk pengubahsuaian perpustakaan belum lagi aku buat. Yuran pelajar KRS untuk perkhemahan akhir bulan Mac ni belum lagi sepenuhnya dikutip. Hari Khamis ni adalah hari terakhir sebelum pelajar mula bercuti selama seminggu. Kalau diikutkan perancangan aku dengan family, Jumaat tu kami adakan majlis tahlil dan maulidurasul kat rumah kami. Tapi sebentar tadi aku dimaklumkan bahawa aku ditugaskan sebagai ahli jawatan kuasa Kem Kepimpinan sekolah selama 3 hari bermula Khamis ini. Terpaksalah aku korbankan masa cuti.
Berat tugas guru sebenarnya. Bukan hanya di bilik darjah tetapi merangkumi semuanya. Terasa seperti aku kembali mengimbau aktiviti-aktiviti di UTM dulu. Terutamanya ketika aku bersama Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor.
Posted in Uncategorized | No Comments »
February 25, 2009 by waneey
hari isnin lepas aku baru terima surat tawaran pelantikan jawatan aku. kerani suruh aku settle kan semua dengan segera untuk proses gaji. balik dari sekolah aku ke hospital untuk buat medical check up. hampir 2 jam aku berurusan di sana. alhamdulillah semua borang2 aku dah settle kan semua nya.
hari selasa pulak sekali lagi aku tak sempat untuk hilang penat, habis je waktu sekolah aku terpaksa hadiri meeting untuk ahli jawatan kuasa kantin sekolah. hampir 2 jam meeting tu diadakan tapi disertakan dengan jamuan yang menyelerakan.
hari ni sekali lagi jugak aku balik lewat. guru-guru perempuan mengadakan solat zohor bjemaah dan bacaan yasin kepada arwah seorang guru perempuan yang telah lama mengajar di situ. kalau di kiranya aku tidak sempat mengenalinya kerana pemergiannya pada akhir disember lalu. namun dengan ikhlas aku melangkah kaki ke musalla untuk bsama2 menyertai guru-guru perempuan yang lain. sebelum ni telah diadakan majlis tahlil pada mlm khamis yang lalu, mungkin kerana ramai yang tidak hadir maka majlis petang tadi sebagai ganti untuk guru-guru perempuan. alangkah murahnya rezeki bila hadiri majlis2 sebegini. sudah tentu jamuan tidak lupa dihidang pada yang hadir.
esok pulak meeting untuk ahli jawatan kuasa perpustakaan selepas habis waktu sekolah. sungguh penat minggu ni. tapi aku bpuas hati dengan kehidupan aku dipenuhi aktiviti2 bfaedah.
Posted in Uncategorized | No Comments »