Good Morning Teacher!
January 20, 2009 by waneey
18 Januari hari yang buat aku bdebar2 menanti keputusan GSTT. petang tu aku tak concentrate pada keje aku. aku dan kak efa rakan sekerja aku dlm lab turut kalut seperti aku. dia yang bersungguh telefon ppd dan jpn. tapi hampanya keputusan belum diketahui lagi. masih dlm proses. setibanya aku di rumah setelah kepenatan balik keje, aku menerima panggilan dari ppd. Setiap perkataan yang diperkatakan aku dengari dgn teliti. apa yang tkeluar dari bibir aku hanyalah ALhamdulillah. aku ditugaskan membimbing anak bangsa di sek men keb kuala krai. option dlm bahasa inggeris. terasa sedikit gementar bila dgr subjek yang akan aku ajar. namun rasa bsyukur tu lebih menutupi rase gementar.
19 Januari. tarikh yang istimewa buat aku. bermula lah aku btugas sebagai seorang guru yang mendidik anak bangsa. sekeliling aku pelajar memanggil aku “teacher”. entah macam mana aku nak bayangkan perasaan aku ketika itu. hari demi hari aku meniti hidup seorang guru. agak kekok aku rasakan kerana ini kali pertama aku mengajar. namun dgn tunjuk ajar guru2 lain di situ aku berusaha utk jadi guru yang disayangi pelajar.