Renung-renungkan la…
February 16, 2009 by waneey
Ketidak puasan hati. Aku tak nafikan yang aku juga pernah berperasaan begitu. Sekarang baru aku sedar yang semua itu rezeki dari Dia. Kita tidak perlu iri hati dengan sesiapa pun.
Setiap hari aku bdepan dengan bmacam2 ragam pelajar. Namun dalam pada masa yang sama aku juga tpaksa bdepan dengan bmacam2 ragam guru. Aku tak tahu sama ada mereka yang sama seperti aku yang bgelar gstt mengalami situasi yang sama atau tidak. Aku cuma ingin bkongsi luahan perasaan dan pengalaman.
Aku tak nafikan ramai juga guru yang mesra dan peramah. Tetapi ada juga sekelompok guru lain yang merasakan diri nya senior boleh dikatakan kurang peramah. Aku fikir pada awalnya mungkin kerana aku masih baru. Tetapi setelah aku terdengar buah mulut orang yang rupanya mereka tidak suka pada kami yang bergelar gstt. Entah di mana silap kami sedang kan kami masih baru dan memerlukan tunjuk ajar dari guru2 yang bpengalaman.
Dalam beberapa minggu yang lalu, aku dan seorang guru yang bpengalaman hampir 5 tahun berborak di meja makan di kantin. Mungkin benar kata guru itu yang menjadikan punca guru2 kurang peramah mungkin kerana gaji yang kami dapat. Memang la gaji kami standard gaji degree. Tapi rasanya tidak salah kami peroleh gaji sebanyak itu. Bukannya sijil tu direka2. Entah la. Aku pun tak faham dengan dunia sekarang. Bila saja ada yang di kalangan kita yang punya kelebihan maka ada saja yang juga di kalangan kita merasa iri hati.