sabar+cekal
February 9, 2009 by waneey
minggu depan hampir sebulan aku melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru. pelbagai cabaran yang aku hadapi. aku tak pasti adakah guru-guru lain mengalami pengalaman yang sama ketika di awal permulaan tugas sebagai seorang guru. hidup aku kini penuh cabaran dan diuji kesabaran. namun dengan berbekalkan pengalaman yang agak cetek tentang mengajar, aku berusaha dan menguatkan semangat untuk memikul tanggungjawab ini. ikhlas aku katakan yang aku pada awalnya tidak minat profesion seorang guru. namun setelah rezeki yang datang pada aku kini telah membuka pintu hati aku untuk mempelajari profesion seorang guru. sedikit demi sedikit rasa minat itu mula membunga dalam jiwa aku. kadang-kadang apa yang kita tolak tanpa diduga itulah rezeki kita. alhamdulillah.
pada peringkat awal pengenalan dengan pelajar aku sedikit terkejut dengan situasi yang aku sendiri tak menduganya. rupa-rupanya masih ada pelajar yang buta huruf walaupun mereka sudah berada di peringkat sekolah menengah. mungkin kedaifan dan tidak peka nya ibubapa pada anak-anak mereka. aku menarik nafas panjang namun apa daya aku kerana agak susah untuk aku memberi perhatian sepenuhnya pada mereka sahaja sedangkan pelajar lain ingin aku meneruskan pengajaran mengikut silibus yang ditetapkan. setiap perancangan yang aku tetapkan untuk kelas itu aku terpaksa ubah mengikut kesesuaian tahap kemampuan pelajar.
hari ini catat sejarah dalam hidup aku sejak aku menjadi seorang guru. aku melepaskan marah aku pada pelajar. semestinya agak tidak senang bila aku gunakan perkataan “melepaskan marah”. tetapi cuba bayangkan. setelah beberapa kali ditegur dan diberi amaran, pelajar itu masih mengulangi perkara yang sama. kadang-kadang bila aku fikir balik agaknya punca dari sini lah mereka yang kita jumpa apabila kita berurusan dengan mereka tetapi dilayan dengan tanpa rasa hormat dan mesra.
setiap hari bermacam-macam cabaran yang aku lalui. namun kecekalan yang Allah kurniakan pada aku mampu buat aku teguh dan tegar menghadapi semuanya. alhamdulillah.