the busy week
February 25, 2009 by waneey
hari isnin lepas aku baru terima surat tawaran pelantikan jawatan aku. kerani suruh aku settle kan semua dengan segera untuk proses gaji. balik dari sekolah aku ke hospital untuk buat medical check up. hampir 2 jam aku berurusan di sana. alhamdulillah semua borang2 aku dah settle kan semua nya.
hari selasa pulak sekali lagi aku tak sempat untuk hilang penat, habis je waktu sekolah aku terpaksa hadiri meeting untuk ahli jawatan kuasa kantin sekolah. hampir 2 jam meeting tu diadakan tapi disertakan dengan jamuan yang menyelerakan.
hari ni sekali lagi jugak aku balik lewat. guru-guru perempuan mengadakan solat zohor bjemaah dan bacaan yasin kepada arwah seorang guru perempuan yang telah lama mengajar di situ. kalau di kiranya aku tidak sempat mengenalinya kerana pemergiannya pada akhir disember lalu. namun dengan ikhlas aku melangkah kaki ke musalla untuk bsama2 menyertai guru-guru perempuan yang lain. sebelum ni telah diadakan majlis tahlil pada mlm khamis yang lalu, mungkin kerana ramai yang tidak hadir maka majlis petang tadi sebagai ganti untuk guru-guru perempuan. alangkah murahnya rezeki bila hadiri majlis2 sebegini. sudah tentu jamuan tidak lupa dihidang pada yang hadir.
esok pulak meeting untuk ahli jawatan kuasa perpustakaan selepas habis waktu sekolah. sungguh penat minggu ni. tapi aku bpuas hati dengan kehidupan aku dipenuhi aktiviti2 bfaedah.