Keep Smiling
July 9, 2009 by waneey
Setelah selesai aku melayan kerenah pelajar, tepat pukul 2 aku melangkah ke bilik guru. Namun ada sesuatu yang menarik perhatianku dalam bilik guru itu. Rupa-rupanya kawan sejawatan yang sama bergelar GSTT ditukarkan ke sekolah lain. Sangat-sangat membuat aku terkejut. Kini hanya tinggal 2 orang sahaja GSTT di sekolah itu. Jauh di sudut hati aku tertanya-tanya adakah mungkin nasib aku pula selepas ini? Entah la. Orang kata GSTT ni hanyalah mainan politik. So, terima je lah apa sahaja keputusan yang bakal dikeluarkan oleh JPN. Semangat aku sudah mula pudar namun aku cuba gagahi untuk meneruskan perjuangan yang ini. Kini hanya satu yang berlegar-legar dalam fikiran aku, aku ingin pekerjaan tetap dan semestinya govt. Walaubagaimanapun aku tak berhenti bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan pada aku ini. Sedikit sebanyak aku mampu meringankan beban mama dan abah. Alhamdulillah…