Feed on
Posts
comments

married??

ish budak2 kecik ni…suka hati je panggil aku Pn. Syazwani…

ada yang lagi satu tu masa class da nak habis, kalau tak silap class yang last tu pukul 2pm habis.

“Teacher, saya dah siap task teacher bagi. Teacher taknak balik lagi ke? Anak2 teacher tunggu teacher tu.”

Adoi.. Agaknya terlebih matang ke muka aku ni??

Renung-renungkan la…

Ketidak puasan hati. Aku tak nafikan yang aku juga pernah berperasaan begitu. Sekarang baru aku sedar yang semua itu rezeki dari Dia. Kita tidak perlu iri hati dengan sesiapa pun.
Setiap hari aku bdepan dengan bmacam2 ragam pelajar. Namun dalam pada masa yang sama aku juga tpaksa bdepan dengan bmacam2 ragam guru. Aku tak tahu sama ada mereka yang sama seperti aku yang bgelar gstt mengalami situasi yang sama atau tidak. Aku cuma ingin bkongsi luahan perasaan dan pengalaman.
Aku tak nafikan ramai juga guru yang mesra dan peramah. Tetapi ada juga sekelompok guru lain yang merasakan diri nya senior boleh dikatakan kurang peramah. Aku fikir pada awalnya mungkin kerana aku masih baru. Tetapi setelah aku terdengar buah mulut orang yang rupanya mereka tidak suka pada kami yang bergelar gstt. Entah di mana silap kami sedang kan kami masih baru dan memerlukan tunjuk ajar dari guru2 yang bpengalaman.
Dalam beberapa minggu yang lalu, aku dan seorang guru yang bpengalaman hampir 5 tahun berborak di meja makan di kantin. Mungkin benar kata guru itu yang menjadikan punca guru2 kurang peramah mungkin kerana gaji yang kami dapat. Memang la gaji kami standard gaji degree. Tapi rasanya tidak salah kami peroleh gaji sebanyak itu. Bukannya sijil tu direka2. Entah la. Aku pun tak faham dengan dunia sekarang. Bila saja ada yang di kalangan kita yang punya kelebihan maka ada saja yang juga di kalangan kita merasa iri hati.

sabar+cekal

minggu depan hampir sebulan aku melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru. pelbagai cabaran yang aku hadapi. aku tak pasti adakah guru-guru lain mengalami pengalaman yang sama ketika di awal permulaan tugas sebagai seorang guru. hidup aku kini penuh cabaran dan diuji kesabaran. namun dengan berbekalkan pengalaman yang agak cetek tentang mengajar, aku berusaha dan menguatkan semangat untuk memikul tanggungjawab ini. ikhlas aku katakan yang aku pada awalnya tidak minat profesion seorang guru. namun setelah rezeki yang datang pada aku kini telah membuka pintu hati aku untuk mempelajari profesion seorang guru. sedikit demi sedikit rasa minat itu mula membunga dalam jiwa aku. kadang-kadang apa yang kita tolak tanpa diduga itulah rezeki kita. alhamdulillah.

pada peringkat awal pengenalan dengan pelajar aku sedikit terkejut dengan situasi yang aku sendiri tak menduganya. rupa-rupanya masih ada pelajar yang buta huruf walaupun mereka sudah berada di peringkat sekolah menengah. mungkin kedaifan dan tidak peka nya ibubapa pada anak-anak mereka. aku menarik nafas panjang namun apa daya aku kerana agak susah untuk aku memberi perhatian sepenuhnya pada mereka sahaja sedangkan pelajar lain ingin aku meneruskan pengajaran mengikut silibus yang ditetapkan. setiap perancangan yang aku tetapkan untuk kelas itu aku terpaksa ubah mengikut kesesuaian tahap kemampuan pelajar.

hari ini catat sejarah dalam hidup aku sejak aku menjadi seorang guru. aku melepaskan marah aku pada pelajar. semestinya agak tidak senang bila aku gunakan perkataan “melepaskan marah”. tetapi cuba bayangkan. setelah beberapa kali ditegur dan diberi amaran, pelajar itu masih mengulangi perkara yang sama. kadang-kadang bila aku fikir balik agaknya punca dari sini lah mereka yang kita jumpa apabila kita berurusan dengan mereka tetapi dilayan dengan tanpa rasa hormat dan mesra.

setiap hari bermacam-macam cabaran yang aku lalui. namun kecekalan yang Allah kurniakan pada aku mampu buat aku teguh dan tegar menghadapi semuanya. alhamdulillah.

At the end of my tether

i just wanna share what happened to me today. i just lying on my bed and thinking, suddenly i shout arggghhhhh!!!!! but i think my mental emotional still not 100 % stable. what should i do?? hmmmm…[sigh] i think this for 10 times i took a deep breath.
now i knew hows a teacher struggle their time just to make their students be a good person.

Good Morning Teacher!

18 Januari hari yang buat aku bdebar2 menanti keputusan GSTT. petang tu aku tak concentrate pada keje aku. aku dan kak efa rakan sekerja aku dlm lab turut kalut seperti aku. dia yang bersungguh telefon ppd dan jpn. tapi hampanya keputusan belum diketahui lagi. masih dlm proses. setibanya aku di rumah setelah kepenatan balik keje, aku menerima panggilan dari ppd. Setiap perkataan yang diperkatakan aku dengari dgn teliti. apa yang tkeluar dari bibir aku hanyalah ALhamdulillah. aku ditugaskan membimbing anak bangsa di sek men keb kuala krai. option dlm bahasa inggeris. terasa sedikit gementar bila dgr subjek yang akan aku ajar. namun rasa bsyukur tu lebih menutupi rase gementar.
19 Januari. tarikh yang istimewa buat aku. bermula lah aku btugas sebagai seorang guru yang mendidik anak bangsa. sekeliling aku pelajar memanggil aku “teacher”. entah macam mana aku nak bayangkan perasaan aku ketika itu. hari demi hari aku meniti hidup seorang guru. agak kekok aku rasakan kerana ini kali pertama aku mengajar. namun dgn tunjuk ajar guru2 lain di situ aku berusaha utk jadi guru yang disayangi pelajar.

aku ke terengganu…

aku ke terengganu??? cuti sakan lagi la aku.. syukur jgk aku dpt cuti.. tu pon sebab manager lab bagi cuti kat aku.. mcm tahu2 je aku nak cuti.. biase la musim skrg ni tengah tenat, production takde hari sabtu.. kalau manager tu tak suruh aku cuti aku pon malas nak mintak cuti sbb haritu manager office sound aku cuti banyak..tapi senang hati aku bile manager lab bagi cuti..hehehe..

aku btolak pagi jumaat dgn family dan saudara2 yang lain.. pegi utk menjemput nenek kesayanganku yg baru pulang dari mekah…
rindu aku pada nenek terubat bila ku lihat wajah nenek yg bseri2… ku cium tangannya dan ku peluk puas2.. menitis airmata ku.. syukur alhamdulillah semua nya selamat.. banyak pulak barang nenek bawak balik utk cucu2 dan anak2 die.. huhuhu..utk aku pon semestinya ada..
hajat di hati sambil dah kat sane nak pegi jalan2… tapi tak sempat…semua mcm letih je.. bmalam kat sane semalaman… mak sdare aku sponsor sewa rumah penginapan.. pagi ni baru btolak balik kelantan..

6th interview…

6th interview…
government interview. sounds good. thanks sgt2 kat kwn baik aku, Iziey. die bgtahu psl open interview ni. Interview for GSTT. penah dengar?? GSTT adalah Guru Sandaran Tak Terlatih. seluruh PPD kelantan got busy to handle the interview. apa tak nya, 3hari interview diadakan. 2hari lepas aku da pegi PPD KB tapi crowded sangat. abah cakap supaya aku try kat PPD KK.

hari ini aku rase nervous sangat. semua orang bila sebut je interview saat menunggu giliran lah yang nervous. begitu jgk lah dengan aku.
setelah sampai giliran, masuk saje mengadap 2 orang panel aku dah mula kurang nervous. kenapa? sebab panel2 ni friendly. alhamdulillah soalan yang ditanya dijawab dengan penuh keyakinan. huhuhuhu. soalan yang ditanya lebih kepada pendapat. so, aku rase tak lah kekok utk menjawabnya sebab semua tu kalau pandai menjawab die akan bpuas hati. nampak macam diorang bpuas hati je. dari pandangan aku je la tak tahu la mcm mane diorg.

aku akan mnanti dgn penuh debaran dan harapan. keputusan kemungkinan akan diberitahu dalam beberapa hari. lagipon jawatan ni utk awal tahun 2009 ni.

bored weekend

dont know what i have to do… kadang2 tmenung fikirkan masa depan… hows my life 5 years after this… thinking and imaging… hmmmm…………………………..

tiba-tiba aku tdengar entah apa yang abah tengah kalut kat luar tu… actually tomorrow abah will going to kL for attending a seminar… mama, my sis and I also will going to kL this thursday and then kami akan join abah bcuti kat sana… huhuhu…
owh lupe tadi kan abah tengah kalut kat luar… aku keluar bilik and ask abah whats going on? rupa2nye abah duk kalut nak pakai tie… tu la pasal pergi keje tak pernah abah pakai tie… bila ada seminar mula la kalut… kalau ade my bro of course abah takkan kalut… skunk ni dia kat perak…
sebab aku ni kan kaki internet, aku google je la cara nak pakai tie… kan senang je… aku pulak yang ajar abah pakai tie… huhuhu…tdengar mama ckp “kena la belajar jgk nak pakaikan tie… nanti senang nak pakaikan tie utk husband” hahahaha.. tgelak aku dgr ayat tu.. amboi mama ni dah tak sabar nak aku kawen ke??

gift for coming new year

starting this 1st january insyaAllah i’ll be confirmed as a junior supervisor. hmm..ape perasaan aku ek?? gembira tapi…
hari ni manager yang jage aku dlm tempoh training tu dah suruh aku masuk lab. is it permenant or after this i’ll be transfer to main office? entah la…aku pon tak tahu…
masuk lab paling aku tak suke sebenarnye sbb org dlm lab aku tak kenal sgt. diorang pon bukan selalu keluar masuk kilang or ofis, duk je dlm lab tu. sbb tu aku tak kenal sgt diorang. manager kat dlm lab pon perangai die suke marah2 org tapi hati die baik. cume malu la kalo die marah2 depan semua org. kurang la mase aku bsama Za.
lab ade 9 org girls yg keje dlm tu tmasuk aku. lelaki takde langsung melainkan manager je la. manager pon jarang duk dlm lab. ade la jgk 2,3 org yg btegur sapa dgn aku dlm lab tu. yang aku tak suke ade sorang akak tu, padahal die selalu la jgk masuk kilang, maknanye die dah selalu jgk la nmpak aku, sudah semestinye, tapi bile aku masuk lab tadi, die bole buat tak tahu mcm tu je. tak de nak tegur2 aku.
lepas pukul 4.30pm setelah waktu keje dlm lab tamat, aku ke kilang utk jenguk Za. memang hajat di hati utk balik pukul 5pm. maklum la dah biase dgn keadaan kilang, bile tak masuk kilang rase mcm tak puas je. so, aku habis kan mase setngah jam tu di kilang. pkerja asing yg baik dgn aku semua nye ckp best n bagus aku duk lab. best tu memang la best masuk lab sbb tak de dah aku tpaksa bpanas bpeluh dlm kilang tapi…aku kesejukan beku dgn aircond dlm lab. cube la byg dgn memaksa otak aku mbaca buku lab yang penuh dgn term chemistry. adoi..pening bcampur dgn mngantuk..huhuhu..

5th interview

this friday got another interview at Agilent Technologies in penang. position material engineer. got problem with bus ticket. tickets were sold out bcoz of coming raya. i thought i would be no chance to go there. but alhamdulillah my uncle saved me. huhuhu.. he bought flight ticket for me to go there. really2 thanks to my uncle.

« Newer Posts - Older Posts »